~warna-warni kehidupan~

WARNA-WARNI KEHIDUPAN~indahnya masih bernyawa di bumi Allah yang penuh dengan warna-warni kehidupan untuk kebahagiaan CINTA yang abadi padaMU~

Sunday 1 January 2012

~Alhamdulillah~

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Mengasihani..

Semoga Ya Allah....tahun baru ini membawa lembaran baru dlm hidupku...Anugerahkanlahku kasih sayang, rahmatMu dan berilah kebaikan di dunia dan akhirat ,Lindungilah aku, keluargaku, umat Islam sejagat daripada syaitan yang direjam dan manusia yang khianat...Limpahkan rezeki dan kurniakanlah aku suami dan anak2 yang soleh dan solehah...Amin Ya Rabbal alamin...=)

Friday 30 December 2011

~Kisah Bermula~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum

Kisah Bermula…

“kenapa?”

“aku sayangkan dia.cuma aku dah xsanggup berdosa..even memandang dia dengan rasa sayang pun aku rasa berdosa.pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu datang..aku mahu kami sekadar bersahabat dahulu..menjaga diri dan hati untuk Allah..aku yakin aku buat ni sebab aku sayangkan dia sangat2..aku mahukan masa..InsyaAllah akan ku mohon pada Allah mempermudahkan dan meredhai hubungan kami dalam jalan cintaNYA...”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…aku buat keputusan ni kerana aku sayangkan dia, lebih dari dia menyayangi aku.”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“rupa-rupanya...ada sebab mengapa dia xmahu dengar penjelasan aku, dia dah x percayakan aku lagi...dia ada perasaan pada perempuan lain.. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih… ”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati, fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh tidur. mata aku x boleh nak lelap ...aku rasa sedih sangat..patutlah selama aku kecewa dia boleh ketawa bahagia..dia mendapat kekuatan yang lain..Ya Allah..peritnya..….”

.
Beberapa bulan kemudian..

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang walau tidak sepenuhnya?.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia tak nak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah terabai...aku juga x menjadi sahabat yang baik buat sahabat2 aku..”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir...muhasabah kembali segalanya.cari jawapan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta...selama ini aku jaga hati aku...memang dia yang pertama...aku sangat bersyukur dipertemukan dengannya walau aku bukan yang pertama untuknya..nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah...aku yang xpandai meletakkan anugerah itu di tempat yg sepatutnya..jadi sekarang aku mahukan kekuatan untuk menghargai Cinta dari Maha Pemberi.

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya ketenangan melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.Ampunkan aku Ya Allah...

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Alhamdulillah syukur :) ”

Semoga diberikan ketenangan menghadapi pancaroba hidup ini dalam perlindungan dan keredhaan Allah...amin..salam tahun 2012 :)

Thursday 29 December 2011

~Berilah aku kekuatan Ya Allah~

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihi


Ya Allah...aku belajar ya Allah....
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA..
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN...
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG..
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN..
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN..
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN..
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Wednesday 21 December 2011

~Ketika Wanita Menangis~

Bismillahirrahmanirrahim...
ketika wanita menangis itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjatanya melainkan dia sedang mengeluarkan senjatanya yang terakhir ketika wanita menangis itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya melainkan pertahanannya tidak mampu membendungnya ketika wanita menangis itu bukan kerana dia inginkan simpati dan dilihat lemah melainkan dia tidak sanggup berpura-pura kuat Ya Allah...jadikanlah aku wanita yang sederhana wanita yang menangis di hadapanMU Ya Allah... Hanya PadaMu kuserahkan segalanya...

~warkah buatmu teman~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

warkah terakhir buatmu teman....

Terima kasih temanku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, sesuatu yg bila tiada dasar kepercayaan itu akn pergi begitu sahaja....

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan janji2 kita... Sesungguhnya kau lah teman yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai temanku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama..mungkin di situ, kau katakan aku tidak memahami dirimu....terima kasih kerana telah banyak membantuku...aku hanya mampu berdoa moga Allah makbulkan setiap permintaanmu...dan akan sentiasa mendoakan dan memaafkanmu..

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah dan ikatan yang sah terbina menjadikan hidup sangat bermakna..aku bukan sempurna, aku hanya mahu jadi lebih baik....bersamamu...namun....

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

Dua insan yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai teman terbaikku kerana kau telah banyak membuatkan diriku menyedari dan mengerti....

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Aku mohon maaf atas semua kekhilafanku...aku mahu kan rasa kebahagiaan yg sama walaupun kau tiada lagi di sisiku..aku sudah terlalu menderita untuk ini...aku harus tabah!...maafkan lah aku.....

Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus kerana selamanya ia di hatiku... tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan kamu walaupun seketika. Selamat tinggal teman...Salam Persahabatan dariku....jaga dirimu...terima kasih temanku... Moga kau menemui pencarianmu.........

~ petikan ~

Friday 25 November 2011

~salam maal Hijrah 1433~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...sudah hampir meninggalkan tahun 1432 hijrah..tahun yang begitu banyak dugaan, cabaran dan ujian yang telah Kau berikan untukku.selamat tinggal kepada segala kenangan yang menyedihkan...dan ucapan selamat kekal dan selamat datang kepada segala kenangan yang membahagiakan dan menggembirakan...tetapi sudah lumrah alam, adat dunia...tiada suka, tiada duka...pahit manis kehidupan...inilah warna warni kehidupan yang telah dianugerahkan buatku....pastinya jika kita kesedihan, kegembiraan akan datang jua...begitu juga di kala kita gembira, tidak selamanya kegembiraan berkekalan...namun, aku tetap berdoa dan berharap agar setiap kesedihan dan kegembiraan yang sempat aku nikmati datang bersama kebahagiaan yang tersendiri kerana ia hadir dengan rahmatMu Ya Allah...mudah-mudahan tahun baru Islam ini aku mengharapkan agar aku akan lebih mendekatkan diriku padaMu Ya Rabbi...mengharapkan hanya cintaMu menemani diriku, mengharapkan keredhaanMu dalam setiap perjuanganku...Semoga Ya Allah Kau Makbulkan segala permintaan dan permohonanku...Lindungilah diriku, emakku, ahli keluargaku, sahabat handaiku, pendidik2ku dan seluruh umat Islam sejagat ini Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin..

Wednesday 23 November 2011

~dia untukku~

Sejak bertemu engkau dan aku
Menusuk jantungku mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahu cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlahku bermimpi
Terlena dibuai sepi

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlahku bermimpi
Terlena dibuai sepi

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai