~warna-warni kehidupan~

WARNA-WARNI KEHIDUPAN~indahnya masih bernyawa di bumi Allah yang penuh dengan warna-warni kehidupan untuk kebahagiaan CINTA yang abadi padaMU~

Wednesday 21 December 2011

~warkah buatmu teman~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

warkah terakhir buatmu teman....

Terima kasih temanku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, sesuatu yg bila tiada dasar kepercayaan itu akn pergi begitu sahaja....

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan janji2 kita... Sesungguhnya kau lah teman yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai temanku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama..mungkin di situ, kau katakan aku tidak memahami dirimu....terima kasih kerana telah banyak membantuku...aku hanya mampu berdoa moga Allah makbulkan setiap permintaanmu...dan akan sentiasa mendoakan dan memaafkanmu..

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah dan ikatan yang sah terbina menjadikan hidup sangat bermakna..aku bukan sempurna, aku hanya mahu jadi lebih baik....bersamamu...namun....

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

Dua insan yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai teman terbaikku kerana kau telah banyak membuatkan diriku menyedari dan mengerti....

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Aku mohon maaf atas semua kekhilafanku...aku mahu kan rasa kebahagiaan yg sama walaupun kau tiada lagi di sisiku..aku sudah terlalu menderita untuk ini...aku harus tabah!...maafkan lah aku.....

Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus kerana selamanya ia di hatiku... tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan kamu walaupun seketika. Selamat tinggal teman...Salam Persahabatan dariku....jaga dirimu...terima kasih temanku... Moga kau menemui pencarianmu.........

~ petikan ~

No comments:

Post a Comment