~warna-warni kehidupan~

WARNA-WARNI KEHIDUPAN~indahnya masih bernyawa di bumi Allah yang penuh dengan warna-warni kehidupan untuk kebahagiaan CINTA yang abadi padaMU~

Friday 30 December 2011

~Kisah Bermula~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum

Kisah Bermula…

“kenapa?”

“aku sayangkan dia.cuma aku dah xsanggup berdosa..even memandang dia dengan rasa sayang pun aku rasa berdosa.pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu datang..aku mahu kami sekadar bersahabat dahulu..menjaga diri dan hati untuk Allah..aku yakin aku buat ni sebab aku sayangkan dia sangat2..aku mahukan masa..InsyaAllah akan ku mohon pada Allah mempermudahkan dan meredhai hubungan kami dalam jalan cintaNYA...”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…aku buat keputusan ni kerana aku sayangkan dia, lebih dari dia menyayangi aku.”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“rupa-rupanya...ada sebab mengapa dia xmahu dengar penjelasan aku, dia dah x percayakan aku lagi...dia ada perasaan pada perempuan lain.. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih… ”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati, fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh tidur. mata aku x boleh nak lelap ...aku rasa sedih sangat..patutlah selama aku kecewa dia boleh ketawa bahagia..dia mendapat kekuatan yang lain..Ya Allah..peritnya..….”

.
Beberapa bulan kemudian..

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang walau tidak sepenuhnya?.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia tak nak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah terabai...aku juga x menjadi sahabat yang baik buat sahabat2 aku..”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir...muhasabah kembali segalanya.cari jawapan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta...selama ini aku jaga hati aku...memang dia yang pertama...aku sangat bersyukur dipertemukan dengannya walau aku bukan yang pertama untuknya..nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah...aku yang xpandai meletakkan anugerah itu di tempat yg sepatutnya..jadi sekarang aku mahukan kekuatan untuk menghargai Cinta dari Maha Pemberi.

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya ketenangan melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.Ampunkan aku Ya Allah...

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Alhamdulillah syukur :) ”

Semoga diberikan ketenangan menghadapi pancaroba hidup ini dalam perlindungan dan keredhaan Allah...amin..salam tahun 2012 :)

Thursday 29 December 2011

~Berilah aku kekuatan Ya Allah~

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihi


Ya Allah...aku belajar ya Allah....
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA..
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN...
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG..
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN..
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN..
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN..
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Wednesday 21 December 2011

~Ketika Wanita Menangis~

Bismillahirrahmanirrahim...
ketika wanita menangis itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjatanya melainkan dia sedang mengeluarkan senjatanya yang terakhir ketika wanita menangis itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya melainkan pertahanannya tidak mampu membendungnya ketika wanita menangis itu bukan kerana dia inginkan simpati dan dilihat lemah melainkan dia tidak sanggup berpura-pura kuat Ya Allah...jadikanlah aku wanita yang sederhana wanita yang menangis di hadapanMU Ya Allah... Hanya PadaMu kuserahkan segalanya...

~warkah buatmu teman~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

warkah terakhir buatmu teman....

Terima kasih temanku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, sesuatu yg bila tiada dasar kepercayaan itu akn pergi begitu sahaja....

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan janji2 kita... Sesungguhnya kau lah teman yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai temanku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama..mungkin di situ, kau katakan aku tidak memahami dirimu....terima kasih kerana telah banyak membantuku...aku hanya mampu berdoa moga Allah makbulkan setiap permintaanmu...dan akan sentiasa mendoakan dan memaafkanmu..

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah dan ikatan yang sah terbina menjadikan hidup sangat bermakna..aku bukan sempurna, aku hanya mahu jadi lebih baik....bersamamu...namun....

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

Dua insan yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai teman terbaikku kerana kau telah banyak membuatkan diriku menyedari dan mengerti....

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Aku mohon maaf atas semua kekhilafanku...aku mahu kan rasa kebahagiaan yg sama walaupun kau tiada lagi di sisiku..aku sudah terlalu menderita untuk ini...aku harus tabah!...maafkan lah aku.....

Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus kerana selamanya ia di hatiku... tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan kamu walaupun seketika. Selamat tinggal teman...Salam Persahabatan dariku....jaga dirimu...terima kasih temanku... Moga kau menemui pencarianmu.........

~ petikan ~

Friday 25 November 2011

~salam maal Hijrah 1433~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah...sudah hampir meninggalkan tahun 1432 hijrah..tahun yang begitu banyak dugaan, cabaran dan ujian yang telah Kau berikan untukku.selamat tinggal kepada segala kenangan yang menyedihkan...dan ucapan selamat kekal dan selamat datang kepada segala kenangan yang membahagiakan dan menggembirakan...tetapi sudah lumrah alam, adat dunia...tiada suka, tiada duka...pahit manis kehidupan...inilah warna warni kehidupan yang telah dianugerahkan buatku....pastinya jika kita kesedihan, kegembiraan akan datang jua...begitu juga di kala kita gembira, tidak selamanya kegembiraan berkekalan...namun, aku tetap berdoa dan berharap agar setiap kesedihan dan kegembiraan yang sempat aku nikmati datang bersama kebahagiaan yang tersendiri kerana ia hadir dengan rahmatMu Ya Allah...mudah-mudahan tahun baru Islam ini aku mengharapkan agar aku akan lebih mendekatkan diriku padaMu Ya Rabbi...mengharapkan hanya cintaMu menemani diriku, mengharapkan keredhaanMu dalam setiap perjuanganku...Semoga Ya Allah Kau Makbulkan segala permintaan dan permohonanku...Lindungilah diriku, emakku, ahli keluargaku, sahabat handaiku, pendidik2ku dan seluruh umat Islam sejagat ini Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin..

Wednesday 23 November 2011

~dia untukku~

Sejak bertemu engkau dan aku
Menusuk jantungku mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahu cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlahku bermimpi
Terlena dibuai sepi

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlahku bermimpi
Terlena dibuai sepi

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Dia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Coba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai

Monday 21 November 2011

~Doamu....~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Terima kasih mak kerana mendoakanku...Insyaallah...permulaan ini adalah satu langkah untukku memperolehi pengalaman yang akan mematangkan dan membuatkan diriku lebih menghargai kehidupan di dunia yang hanya pinjaman dari Allah ini...terima kasih ya Allah atas kesempatan yang Kau berikan padaku....Insyaallah aku akan berusaha..Aja2!!figting!!chayokk!!^_^

Thursday 6 October 2011

~Sekalung tahniah buat diriku ..hadiah untuk keluargaku~

Alhamdulillah ...Alhamdulillah...Alhamdulillah......

Dengan berkat izinMu, aku dapat menamatkan pengajianku dengan cemerlang...semoga Ya Allah...Kau berkati segala ilmu yang telah aku pelajari sama ada secara formal atau tidak formal..ilmu tentang alam kampus,tentang pengetahuan mengenai ragam manusia,tentang kehidupan, tentang pengawalan perasaan dan segala ilmu yang mematangkan diriku....

Aku mengharapkan dengan berkat kesungguhan dan doa orang yang aku sayangi membuatkan aku mampu menjadi seseorang yang lebih baik, merendah diri tetapi mampu berdiri teguh di jalan yang benar, mempunyai kerjaya yang baik,keluarga yang bahagia dan perhubungan yang mesra dengan orang sekelilingku...

Hadiah kejayaan dalam pengajianku ini istimewa buat seluruh keluargaku, terutamanya emakku yang amatlah aku sayangi, seorang mak yang sangat tabah..istimewa juga buat arwah abah yang tidak dapat meraikan kejayaan denganku...aku tahu dia juga pasti bangga dan bersyukur atas kejayaanku ini..buat seisi keluarga yang tidak jemu memberi semangat dan dorongan...Jasa kalian Insyaallah dengan izin Allah akan aku memberikan yang terbaik buat kalian.

Alhamdulillah...

-Al-Fatihah buat arwah abah..

Tuesday 27 September 2011

~aku redha dgn qada` dan qadar Mu ~

Ya Allah...ujian ini walaupun terlalu berat, namun harus dihadapi....aku harapkan kekuatan yang Kau berikan seiring dengan ujian yang turunkan Ya Allah...kehilangan seseorang yang bergelar abah...begitu menduga diriku....namun aku pasrah dan redha dengan ketentuanMU Ya Allah...aku redha, ibuku redha..kakak-kakak dan abang-abangku serta seluruh keluargaku redha dengan kehilangan ini...Ya Allah..kau tempatkanlah arwah abahku dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh....aku dan seisi keluargaku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan arwah abah di alam sana...Insyaallah...semoga kekuatan itu terus mengiringi kami menjalani kehidupan dengan rahmatMu...amin....

Wednesday 6 July 2011

~Ya Allah.................

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Bantulah hambaMu ini Ya Allah.....
hilangkan lah rasa rindu ini jika ia membuatkan aku resah Ya Allah....
kembalikanlah rasa cinta ini bila sampai masa dan ketikanya di bawah rahmat dan keredhaanMu Ya Allah....

Amin Ya Rabbal Alamin.......

Friday 17 June 2011

~berilah aku kekuatan Ya Allah~

salam...
~terima kasih ya Allah...=)
Izinkan aku mencintai-MU...
kuatkan hati dan semangatku....
hanya pada-MU aku mengadu..~

~gembira bersama kawan~

salam...
hari ni..buat sekian lamanya..berkumpul bersama kawan-kawan seperjuangan pengajian Universiti...berkumpul, bercerita, bergelak ketawa, berkongsi suka duka, menggamit kenangan lalu dan bermacam-macam lagi...hhmmmm..rasa hilang sedikit perasaan-perasaan yang kurang enak sepanjang menjalani praktikal..semoga kami semua diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan untuk dunia realiti ini...mudah-mudahan ..amin..=)terima kasih Ya Allah...

Thursday 19 May 2011

~Lakaran Kasih~



Terima kasih duhai kasih….
Terima kasih atas segala-galanya…
Engkaulah yang telah memberikan aku rasa…
Segala rasa yang ada…
Aku berdoa semoga kasih kita diredhai Yang Maha Kuasa..
Kerana DIA kita mempunyai rasa, kerana DIA perancangnya..
Aku memasang angan-angan yangg tinggi untuk hidup bersama…
Semoga angan-anganku menjadi impian..
Semoga impian ku menjadi kenyataan…
Akan ku tunggu saat bahagia itu…
Saat kau lafazkan…’aku terima nikahnya….’
Di kala masanya tiba
Di kala dengan izinNYA..
Terima kasih duhai kasihku ……

Monday 9 May 2011

~fasa pertama menghadapi dunia realiti~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
sekali lagi aku diuji...berkali-kali aku diuji....
kerana kasih sayangMU padaku...
Kau tahu aku masih mampu menghadapi ujianMU...
aku mohon jua..bersama-sama ujian ini..
Berilah aku ketabahan dan redha dalam segalanya...
Berilah aku keikhlasan dalam menghadapi dunia realiti ini..
Berilah aku kegembiraan melalui jalan yang telah ditetapkan ini...
mudah-mudahan aku akan berjaya mengharungi..
walau apa sahaja yang menanti...
amin....

Wednesday 20 April 2011

~Yakinlah dgn janji2 Allah..~

Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan

dia akan mejadi teman menapaki hidup

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan diantara kami

Agar kemesraan itu abadi

Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan...

...Dia bukan milikku

Bawalah ia jauh dari pandanganku

Luputkanlah ia dari ingatanku

Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan

Melontar bayangannya jauh ke dada langit

Hilang bersama senja nan merah

Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...

Gantikanlah yang telah hilang

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah

Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku

Karena Engkau Maha Mengetahui

Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...

Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku

Di dunia dan di akhirat

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini

----------------------------------------

Jangan Engkau biarkan aku sendirian

Di dunia ini maupun di akhirat

----------------------------------------

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup

Ke jalan yang Engkau ridhai

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin

~kekuatan-Mu~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Terima kasih Ya Allah....semoge ak terus diberi kekuatan dari Mu...Amin..

Tuesday 19 April 2011

~iman~



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
Ada pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Monday 18 April 2011

~Kisah Antara Kita~

Terlalu banyak yang ingin kuluahkan…
Terlalu bnyak yang aku ingin kongsikan..
Cinta pertamaku….
Pertama kali dalam seumur hidupku…
Aku merasakan apa itu CINTA…
Kepada seseorang insan yang berlainan jantina, berlainan perasaan dan cara pemikiran…
Namun aku tetap menyayanginya….
Aku bisikkan dalam hatiku…aku mesti menyayanginya keranaMU Ya Allah..
Hanya kepadaMu…aku berterima kasih kepadaMU kerana memberikan aku rasa ini..
Tetapi, aku telah mengkhianati rasa yg membahagiakan itu..
Aku kalah kepada bisikan-bisikan rasa yang melalaikan..
Aku tidak mahu kami hanyut dalam godaan
Terkapai-kapai dalam bisikan syaitan..
Aku menyedarinya…Aku amat menyayanginya…
Namun, belum tiba saatnya…
Aku harus hentikan!hentikan!hentikan…
Kerana aku percaya segalanya ada dalam rencanaMU Ya Allah..
Terima kasih kerana selalu ada saat suka dan duka..
Kepada Mu lah aku meluahkan segalanya…
Alhamdulillah…

~Lelaki Idaman Setiap Wanita~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang.....

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

~mudah-mudahan...Allah knowz the best for everyone..kepada bakal suamiku yang tidak ku ketahui siapa kamu...aku sedang mempersiapkan diriku....masih banyak yg harus kupelajari...ku berdoa agar kita dipertemukan dalam kesediaan menjalani kehidupan indah menuju jalan Allah...amin...~

                                                                                                             -petikan-

~hari2 yg semakin indah..~...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di bumi Allah yg serba indah ini....melalui hari2 yg penuh kesibukan tetapi dihiasi dgn penuh kasih sayang dan rahmat dari Allah....terima kasih Ya Allah...moge Kau berkati umur ku, sinari langkahku dgn keredhaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat... agar aku lebih menghargai detik2 dalam setiap kehidupanku bersama dgn orang2 yang menyayangi aku dan izinkan aku untuk terus menyayangi mereka selagi adanya aku...Alhamdulillah..Amin...(",)

Monday 11 April 2011

~Tips Apabila Diri Dihina~

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:


  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 

  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 

  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

  • Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 

  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

  •  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

  • Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
                                                                              ~petikan dari seorang penulis~

                                                                                        

    Saturday 9 April 2011

    ~mencari cintaMU...~

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

    Terima kasih Ya Allah...aku masih diberi peluang untuk mengingati dan menyebut namaMU, hatiku masih segar dalam mensyukuri segala nikmat yang telah Kau berikan dan dikurniakan badan yang ringan dalam menyempurnakan ketaatan kepada segala perintahMu Ya Allah....

    Ya Allah, Kau peliharalah juga kedua orang tuaku, ahli2 keluargaku, guru2 dan pendidikku,  sahabat handaiku dan orang2 yang beriman..Kau dekatkanlah hati2 kami dengan lembayung limpahan rahmatMU. Berikanlah kami iman yang sebenar-benarnya agar kami tidak lagi gentar dan mengharapkan orang lain selain Engkau dalam menghadapi segala dugaan, ujian, cubaan di dunia ini Ya Allah...Peliharalah kami dalam petunjukMu dan melalui jalan yang diredhaiMu...Amin....

    Friday 8 April 2011

    ~LOVE~


    Jika kamu….

    Jika kamu memancing ikan....
    setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
    terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
    semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
    kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
    selagi ia masih hidup.

    Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
    kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
    hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
    kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
    kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
    mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
    mengingatimu....

    Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
    terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
    menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
    Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
    semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
    kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
    seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
    janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
    manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
    kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
    Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
    jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
    hingga keakhirnya....

    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
    pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
    Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
    Terlalu ingin mengejar kelazatan.
    Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
    tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
    insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
    dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
    cuba membandingkannya dengan yang lain. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan..
    Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal..Terima lah dirimu dan pasangan seadanya.
    Seorang suami dan isteri kerna kalian akan saling melengkapi antara satu sama lain...amin..

    Sunday 3 April 2011

    ~hari yg indah~

    Alhamdulillah...dah masuk bulan april...aku merasa sangat bersyukur kerana masih di beri kesempatan bernafas di bumi Allah....aku tetiba teringat akan ibuku di kampung.....mak..anak mu masih dlm perjuangan mak...doakan anakanda....

    aku amat menghargai kalian, kite bertemu
    hanya kerana Allah..
    Alhamdulillah juga...melalui hari2 yang sibuk dan ditemani sokongan keluarga mak, abah, akak, abang dan anak2 buahku...dan teman2 seperjuangan aisha, dayah, bella, sarah, suraya...yg banyak membantu, menasihati dan sentiasa ada di kala suka dan duka..terima kasih..aku sayang kalian!!!!!ak sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan semua sahabat2 ku...semuanya...=)

    Wednesday 30 March 2011

    ~meniti perjuangan yang masih berbaki....~

    Dalam meniti sebuah perjalanan kehidupan, pelbagai ujian, dugaan, cabaran, tohmahan yang datang kepada kita dalam mencapai kesenangan hidup...jika tiada pergantungan kepadaNYA..pasti merasa sakit yang teramat sangat dan perit melalui perjalanan hidup yang ditetapkan...hati adalah organ yang sangat sensitif, harus dijaga, dicuci dan diberi makanan rohani yang secukupnya supaya tabah dan kuat dalam menghadapi sebarang kemungkinan kehidupan ini di mana kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan ketentuan adalah milik Allah...serupa juga hal dalam menemukan jodoh, bertemu dan berpisah jua adalah keranaNYA, rezeki berjaya atau gagal, kaya atau miskin, jika tiada usaha yang sewajarnya, terimalah seadanya, ajal maut dan setiap satu itu telah ditetapkan oleh Allah untuk setiap hambaNYA di muka bumi ini.....tabahlah wahai hati, bersabarlah, bertaubatlah, berdoa dan bertakwalah kepada Allah dalam memiliki hati yang redha atas qada' dan qadarNYA...Insyaallah...amin..mudah-mudahan...kita semua termasuklah diri hamba yang khilaf ini dapat menjaga hati supaya sentiasa segar dan tidak mati...Insyaallah..dalam meniti perjuangan yang masih berbaki ini, masih diberi kekuatan dan keredhaan darimu Ya Allah....amin ya rabbalalamin...

    ~hati yg dilukai~

    salahkah...
    salahkah diriku...
    atau salahnya dirimu...

    akukah yang bertegas
    atau kau yang berkeras
    masih aku yang dipersalahkan
    mengikut apa yang kau fikirkan

    semakin sepi
    antara kita
    semakin sunyi
    pandangan kita
    semakin luka
    hati yang dilukai...

    Saturday 26 March 2011

    ~takdir kita tak serupa,cerita kita tak sama, bahagia kita dgn cara tersendiri...~

    Assalamualaikum.....
    hmm...melalui hari2 yg semakin sibuk, mencabar dan penuh dgn dugaan....hari ni, menghadiri mjlis ilmu...yg betul2 akn digunakan bila saatnya tiba...=)..

    bila dikatakan, takdir kita tak serupa kerana cerita kita berbeza dan mempunyai bahagia yang tersendiri.......apa agaknya yg terlintas di fikiran rakan2 sekalian???


    pada sy..pastinya setiap individu mempunyai kisah suka duka yang tersendiri...setiap org di pentas dunia ni bergerak dan melalui kehidupan dgn jalan yg telah ditetapkan...itulah dinamakan takdir Allah..sy sgt sayu hati menulis entry ini sambil didendangkan lagu-lagu nasyid..smbil tekenangkan betapa kerdilnya diri ini di sisiNYA....kerana pernah mengeluh atas perancangan yg diinginkan tidak berjalan seprti yg diharapkan...kerana pernah meratapi kesedihan atas dugaan yg dilalui..kerana pernah merungut menjalani kehidupan yg memenatkan...kerana pernah kecewa sehingga diri ini lalai dan tidak bersukur atas ujian yg melanda...kerana mencemburui kehidupan org lain yg kita lihat lebih membahagiakan dan menggembirakan....itulah cerita sesama makhluk Allah itu berbeza...jalan kehidupan setiap org berbeza dan pasti mempunyai sedih, tawa, ria, kepahitan dan kemanisan yg hanya diri dan pencipta yg mengetahui...aku diuji dgn pelbagai dugaan yang hadir tetapi aku masih mampu tersenyum dan menjalani kebahagiaan aku yang tersendiri..semua itu adalah kerana izin Allah...terima kasih ya Allah.

    Astagfirullah.....Ya Allah...ampunilah segala dosaku Ya Allah...tunjukkan aku jalan yg diredhai oleh Mu..berilah aku kekuatan Ya Allah...berilah kan diriku ketabahan dlm mengatasi rasa kekecewaan dalam apa sahaja yg aku lalui Ya Allah...semoga jiwaku menerima takdir MU dgn hati yg ikhlas dan mampu bangkit kmbali menjalani hidup dgn lebih bersemangat......permudahkanlah setiap urusanku dan berkatilah Ya Allah....terima kasih Ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan hidup di muka bumi ini

    Friday 25 March 2011

    Assalamualaikum.......

    ^__________^..gembira xterkata....hikhik..akhirnya tercapai jugak nk wat blog ni...setelah sekian lama tuu...hehehhe...anyway..terima kasih la yg xterhingga kpd roomet sy nurun yg sgt la obses terhadap warna ungu yg tlh sama2 mmbntu sy wat blog ni...Almaklumlah..dia da lama menceburi bidang ni..hee...erm...untuk permulaan ni....sy ucapkan salam perkenalan kpd semua rakan2 sama ada yg telah mengenali diri ini atau bakal mengenali daku..ececeh...hehhe...semoge ruangan blogger ini menjadi wadah ilmu  dan memberi kebaikan kpd kite sume...Insyaallah...sehingga bertemu lagi di lain masa...=)