~warna-warni kehidupan~

WARNA-WARNI KEHIDUPAN~indahnya masih bernyawa di bumi Allah yang penuh dengan warna-warni kehidupan untuk kebahagiaan CINTA yang abadi padaMU~

Friday 30 December 2011

~Kisah Bermula~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum

Kisah Bermula…

“kenapa?”

“aku sayangkan dia.cuma aku dah xsanggup berdosa..even memandang dia dengan rasa sayang pun aku rasa berdosa.pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu datang..aku mahu kami sekadar bersahabat dahulu..menjaga diri dan hati untuk Allah..aku yakin aku buat ni sebab aku sayangkan dia sangat2..aku mahukan masa..InsyaAllah akan ku mohon pada Allah mempermudahkan dan meredhai hubungan kami dalam jalan cintaNYA...”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…aku buat keputusan ni kerana aku sayangkan dia, lebih dari dia menyayangi aku.”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“rupa-rupanya...ada sebab mengapa dia xmahu dengar penjelasan aku, dia dah x percayakan aku lagi...dia ada perasaan pada perempuan lain.. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih… ”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati, fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh tidur. mata aku x boleh nak lelap ...aku rasa sedih sangat..patutlah selama aku kecewa dia boleh ketawa bahagia..dia mendapat kekuatan yang lain..Ya Allah..peritnya..….”

.
Beberapa bulan kemudian..

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang walau tidak sepenuhnya?.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia tak nak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah terabai...aku juga x menjadi sahabat yang baik buat sahabat2 aku..”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir...muhasabah kembali segalanya.cari jawapan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta...selama ini aku jaga hati aku...memang dia yang pertama...aku sangat bersyukur dipertemukan dengannya walau aku bukan yang pertama untuknya..nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah...aku yang xpandai meletakkan anugerah itu di tempat yg sepatutnya..jadi sekarang aku mahukan kekuatan untuk menghargai Cinta dari Maha Pemberi.

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya ketenangan melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.Ampunkan aku Ya Allah...

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Alhamdulillah syukur :) ”

Semoga diberikan ketenangan menghadapi pancaroba hidup ini dalam perlindungan dan keredhaan Allah...amin..salam tahun 2012 :)

No comments:

Post a Comment